Untuk menghasilkan kari seperti ini memerlukan praktis dan praktis. Jika tidak menjadi, cuba lagi dan cuba lagi. Gambar di ambil dah malam. Jadi agak kurang cantik kerana tiada lagi cahaya semulajadi. Boleh klik di SINI, untuk melihat entri resepi Kari Ayam yang sedap. Satu yang mesti diingat, rempah kari mesti benar benar masak baru sedap.
Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, dan tambah sedikit air panas hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, masak hingga 3/4 empuk. Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk (jika kering, tambah air panas). Tamah asam gelugor, santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa . 189 402 457 224 192 434 19 314